Usah ragu, kejarlah selagi mampu ..

Hey gais. Assalamualaikum. Okay malam ni nak share something which i think MUST share with you gais. So here it is, i am going to further my studies on this month which is on 13th of April. Yeah, dont be shocked or whatelse but yah i have decided it by myself. Am going to study at unisel shah alam for diploma in communication and media. Ok wait people, dont missjudge before i finish my talk here. I would like to continue my "so-called talk" with malay version ghahahaha.
Komunikasi dan media also known as mass communication. Ya, ramai yang berpemikiran stereotype terhadap course ni but wait.. siapa yang dah mempunyai target dan matlamat, pasti tahu ke mana arah tuju yang mereka akan pergi. Biasanya orang anggap student yang ambil course ni, semua gila glamz, nak femes and so on.. Tapi tak semua macam tu. Tbh, saya nak share semua yang saya rasa with uolls. Tak kisah lah result spm kamu mcm mana sekalipun, people will keep on ask and judge. Buat macam mana pun tak boleh lari dari semua tu sebab itu dah memang lumrah manusia. Jadi, kita kena ada pendirian yang tetap dan bermatlamat hidup serta berkeyakinan tinggi dan tak mudah putus asa. Pada mulanya, macam tak berbaloi juga kalau result elok tapi sekadar sambung dalam komunikasi dan media, tetapi setelah dikaji, daripada course ini, banyak cabang yang kita boleh pergi dengan syarat! kita kena rajin buat research dan kena betul betul minat dalam bidang ni. Keluarga dan saudara mara saya banyak yang konfius tengok saya yang terlalu bersemangat nak ambil course ni sedangkan bagi mereka course yang saya ambil ni tak menjamin masa depan yg cerah. Heyyy siapa kata? Untuk jadi seseorang yg berjaya, kita kena jadi seseorang yg luar biasa. Baru kita boleh kelihatan berbeza dari orang lain. Saya ambil keputusan sendiri untuk apply upu kemudian apply kebanyakan ipts terkemuka di malaysia dan.. saya tertarik dengan unisel. Banyak bantahan semasa saya membuat keputusan yg nekad untuk menyambungkan pelajaran saya di unisel. Tapi, dengan semangat dan sokongan dari pihak tertentu serta berkat doa, saya semakin kuat dan tabah untuk hadapi semua tentangan itu. Saya sudah mempunyai matlamat dan arah tuju, jadi apa perlu saya ragu lagi? Jika niat kita ikhlas, in sha allah semuanya akan berjalan lancar sepertimana yang kita hajatkan. Percaya pada takdir. Allah maha adil, jika kita diuji dengan sesuatu, maka masa itulah kita harus sentiasa kuat untuk hadapi dugaan yang diberi. Allah tidak akan menguji hambanya yang tak mampu untuk menghadapi ujiannya. Setiap apa yang kita lakukan, dikira sebagai ujian. Sebagaimana kita membuat sehabis baik sewaktu ujian di sekolah, begitulah juga apa yang kita harus lakukan semasa jalani ujian yg diberi olehNYA. Pedulikan kata negatif orang pada ktia, jadikan ia sebagai pembakar semangat kita. Sahut cabaran dengan kata-kata mereka. Ibaratkan bunyi-bunyi bising itu seperti habuk di atas meja yang kita cuma perlu lap dan lenyapkan begitu sahaja. In shaa allah jika kita kuat, kita pasti mampu. Jangan pernah putus asa. Selagi tak dapat, kejarlah! Saya sendiri pernah alami berbagai-bagai jenis manusia, yang dengki yang busybody dan mcm2 lagi lah sampai suatu saat hampir rebah, tapi cepat-cepat kita ingat pada Allah :) Lagi satu, orang cakap kalau belajar di mana2 yang jauh dari keluarga, mesti akhlak jadi buruk kan? Hah salah persepsi tu. Semua tu bergantung pada diri masing-masing. Jika kita berpegang prinsip bahawa ada "mata" yang melihat apa saja yg kita lakukan, inshaallah dimana saja kita berada, pasti akan selamat. Ya? So, jadikan beberapa kata-kata saya diatas sebagai nasihat. Apa pon yang kita nak, kita mesti usaha dan ingat! Hidup mesti ada matlamat. Tak kisah lah nak jadi apa pon, yang penting kita buat sampai ke peringkat tertinggi. Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment

DON'T TAKE ANYTHING THAT IS NOT YOURS