Kaulah sahabat.

Hi assalamualaikum, i bet all of you ada sahabat kan dalam dunia ni? The question is, baik kah sahabat anda? So harini saya cuma nak share sikit ciri-ciri sahabat yang baik. InshaAllah sama-sama kita pupuk diri kita untuk menjadi sahabat yang baik kepada rakan kita :)

1) Memahami
Kita perlulah memahami sahabat kita. Untuk mengetahui sahabat itu baik atau tidak, kita perlulah memahami diri seseorang dulu. Jika dia sahabat yang baik, dia akan sentiasa peka dengan keadaan kita, memahami keadaan kita. Barulah boleh dikatakan seorang sahabat yang baik.

2) Semangat Setia kawan yang tinggi.

Tidak semua orang mempunyai semangat setia kawan yang baik. Ada kalanya mereka pandai memanipulasi. Menggunakan kita pada waktu susah. Bila kita berada dalam kesusahan ketika itu mereka tiada. Sahabat yang sentiasa bersama dalam keadaan susah atau senang adalah seorang sahabat yang baik. Sentiasa ada bila kita memerlukan. Sentiasa setia bersama kita bila susah dan senang.

3) Hormat Menghormati
Hormat menghormati paling penting. Dengan sifat ini setiap individu akan faham tentang privacy masing-masing. Tidak semestinya bila kita mempunyai kawan karib kita perlu menceritakan semua kepayahan kita pada sahabat kita. Ada juga perkara yang perlu kita rahsiakan. Sebagai sahabat yang baik, kita tidaklah perlu untuk mendesak sahabat kita menceritakan masalah peribadi mereka.

4) Percaya
Sahabat yang baik perlu ada kepercayaan yang bagus. Kepercayaan bukan senang untuk diperolehi. Hanya sahabat yang baik sahaja mampu memperoleh kepercayaan daripada seseorang. Jadi, kita perlu elakkan daripada menipu. Hanya sedikit kesilapan mampu memusnahkan kepercayaan seseorang terhadap kita.

5) Jujur
Sentiasa jujur dalam persahabatan. Tidak perlu menipu hanya kerna ingin meraih simpati daripada orang lain. Penipuan tidak akan kekal lama. Hanyalah bersifat sementara. Seorang sahabat yang baik akan sentiasa jujur dalam persahabatan.


Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri seorang sahabat yang baik. Manusia tidak sempurna. Sebagai seorang sahabat kita mampu melengkapi antara satu sama lain. Jadi fikirkanlah. Adakah kita seorang sahabat yang baik?


ADAKAH ANDA SEORANG SAHABAT YANG BAIK?

Banglo Seksyen 2

Hi. Tadi saya tengok banglo seksyen 2 bersama Ara. Wuuu agak menyeramkan. So i decided to paste some of the stories about Banglo Seksyen 2. Kesahihannya, wallahualam..

Banglo Misteri Seksyen 2 Shah Alam

INSIDEN menyeramkan ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu apabila sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyewa sebuah banglo berhampiran kampus tempat mereka belajar di Seksyen 2.
Rumah banglo dua tingkat itu mempunyai empat bilik, satu di tingkat bawah manakala tiga lagi di tingkat atas. Jarak kediaman mereka dengan kampus UiTM kira-kira dua kilometer sahaja.
Lapan orang pelajar itu memasuki rumah itu dengan perasaan berbelah-bahagi. Pertama, tuan rumah hanya mengambil RM50 wang deposit dan bayaran sewa hanya RM50 sebulan.
Kedua, tuan rumah melarang penyewa membawa banyak barang kerana takut menyusahkan mereka apabila hendak dibawa keluar semula nanti. Ketiga, terdapat sebatang pokok kayu ara yang sangat besar di tepi rumah itu yang dahannya boleh memasuki tingkap bilik atas.
Insiden
Insiden pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi sehari selepas mereka mendiami rumah tersebut. Salah seorang penghuni, Azmi, yang hendak membuang air besar mendapati tandas di tingkat bawah terkunci dan ada bunyi orang menarik flush.
Lantaran tidak tahan menunggu lama, Azmi menjerit menyuruh orang di dalam tandas itu supaya cepat. Jeritan Azmi menyebabkan semua penghuni berkumpul di tingkat bawah.
Yang peliknya, kelapan-lapan mereka ada di situ. Jadi siapa yang ada di dalam tandas? Selepas pintu tandas itu direntap, mereka terkejut kerana tiada siapa di dalamnya.
Pada malamnya pula, mereka lagi teruk dikacau. “Masa aku nyenyak tidur, tiba-tiba kaki aku kena tarik hingga aku jatuh katil.
“Di dalam bilik itu cuma ada Lan yang tidur di katil atas. Anehnya, bila aku jenguk ruang tamu tingkat bawah, Lan sedang menonton DVD bersama kawan yang lain.
“Bila aku naik semula ke bilik, aku nampak selimut di katil Lan membonjol. Bila selimut itu ditarik, aku terkejut kerana ada batu nisan yang sudah retak di situ.
“Tiba-tiba seluruh bilik berbau hanyir dan busuk,” kata seorang penulis blog.
Kisah yang ditulis penulis ini telah tersebar di Internet, dihantar dari e-mel ke e-mel dan dipetik oleh pelbagai blog lain. Identiti asal penulis ini tidak diketahui.
Disebabkan tidak tahan diganggu, kami keluar pada pukul 3 pagi dan melepak di sebuah restoran mamak. Rupa-rupanya, ramai yang terkena pada malam itu.
“Wak yang sedang muat turun lagu lebih kurang pukul 12 malam terdengar bunyi orang membaling batu dekat tingkap biliknya. Bila dijenguk, dia nampak ada seorang budak perempuan duduk di atas kayu ara di sebelah rumah itu.
“Budak itu pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang,” cerita si penulis blog tadi.
Dia menyambung cerita: “Azmi pula nampak budak perempuan melambai tangan kepadanya. Budak itu tiada kaki! Manakala Sam, tergamam melihat hantu di siling rumah. Tapi bila aku kata kaki aku kena tarik ketika mereka asyik menonton DVD, mereka kata, ‘bila masa kami tengok DVD’.”
Seorang penduduk, Mohd. Yusof Mohd. Sidin, 57, mendakwa terdapat tiga buah rumah yang dikatakan menyeramkan di kejiranan itu.
Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.
Kosong
“Seorang jiran pernah memberitahu kami terdapat rumah berhantu di sini dan tidak pernah diduduki. Rumah itu didakwa pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam dengan mayat mangsa ditanam di dalam dinding rumah.
“Saya agak ragu-ragu dengan cerita itu sehinggalah saya mendengar kisah penuntut UiTM Shah Alam diganggu makhluk halus di rumah yang mereka sewa di Jalan Sri Cempaka, Seksyen 2 ini,” kata Yusof lagi.
Secara kebetulan, anak lelaki Yusof yang juga pelajar UiTM turut mendiami rumah terbabit.
“Kedua-dua kaki anak saya ditarik hingga dia terjatuh dari katil. Kejadian itu menyebabkan dia segera berpindah ke rumah lain walaupun sewa banglo itu tidak sampai RM100,” katanya.
Selama bertahun-tahun, rumah itu terbiar usang dan tidak berpenghuni. Dindingnya berlumut dan berwarna kehitam-hitaman. Tahun lalu, banglo itu dirobohkan. Tapak rumah itu kini dipenuhi semak-samun.
“Tetapi masih ada penduduk yang melintasi kawasan rumah itu pada waktu malam mendakwa ternampak lembaga wanita berambut panjang melambai-lambai ke arah mereka,” cerita Yusof.
“Kalau anda tidak percaya, cubalah bermalam di bekas tapak rumah berkenaan atau rumah lain yang dikatakan berhantu di kawasan ini,” ujar Yusof kepada Jurnal.
Sebuah lagi rumah yang didakwa misteri terletak di Jalan Bunga Raya, Seksyen 2. Terdapat sebatang pokok besar di tepi banglo itu dengan daunnya menyentuh tingkap rumah. Banglo dua tingkat itu sedang diubahsuai dipercayai oleh pemiliknya yang baharu.
Mac lalu, penduduk di situ terkejut kerana beberapa pekerja sibuk membersihkan rumah itu, membuang perabot yang rosak dan mengecatnya semula.
Khabarnya, rumah itu dibeli oleh seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa.
Bagaimanapun, ada juga penduduk yang menafikan cerita hantu tersebut dan mendakwa rumah yang diperkatakan itu sebenarnya tidak wujud.

Yang ni boleh terus tengok cerita dia :

Sinopsis Banglo Seksyen 2 Full Movie di sini. Drama Banglo Seksyen 2 ini mengisahkan Haris, Helmi, Faizal dan Kamal membuat kajian paranormal untuk kerja kursus mereka dengan menyewa banglo RM50 sebulan dan dikatakan berhantu. Seorang lagi pelajar, Azli turut menyertai mereka menyewa banglo itu kerana kebetulan dia mencari rumah untuk disewa. Sejak malam pertama tinggal di banglo itu, mereka diganggu perkara aneh. Helmi seolah-olah melihat budak perempuan berkeliaran tetapi cuba menidakkannya dan merasakan itu hanya khayalan. Sewaktu menggunakan bilik air, Haris terkunci dari dalam.
Selepas berhempas pulas dan menjerit meminta tolong, semua rakan datang membantu. Lebih mengejutkan apabila mereka melihat kelima-lima mereka ada bersama, membuatkan timbul rasa hairan siapa berada dalam bilik air itu. Ia berlanjutan ketika Kamal yang baru selesai mandi melihat rakan sebiliknya Faizal hanya duduk terdiam atas katil. Kamal turun ke bawah menonton TV dan lebih memeranjatkan Kamal, Faizal yang dilihatnya tadi di dalam bilik, sebenarnya ada di ruang tamu bergelak ketawa. Kamal berlari semula ke bilik dan terkejut melihat katil Faizal kosong.
Gangguan demi gangguan terus berlaku sehingga menyebabkan Kamal terbabit dengan kemalangan, akhirnya semua mengambil keputusan keluar dari rumah itu tetapi Haris didatangi roh penghuni asal rumah banglo itu dan mengetahui apakah rahsia yang pernah tersembunyi selama ini.
Drama Banglo Seksyen 2 Full Movie dibintangi oleh pelakon muda iaitu Hairul Azreen(Helmi), Hanis Kamal Bakar (Kamal), Aliff Hadi (Hariz), Aedy Ashraff (Azli) dan Hafeez Mikail (Faizal). Drama ini diterbitkan oleh Dark Wave Pictures Sdn Bhd telah disiarkan di Astro Ria pada 5 Disember lalu pada jam 10 malam.
Bagi yang terlepas menonton Banglo Seksyen 2 Full Movie, boleh tontonnya di laman ini. Tonton Banglo Seksyen 2 Online 
drama banglo seksyen 2

DON'T TAKE ANYTHING THAT IS NOT YOURS