Wayang Semata

Assalamualaikum.
Celoteh untuk entri pertama ni mungkin najwa akan lebih banyak menceritakan tentang diri najwa dan kerjaya najwa. Sebenarnya dah banyak kali buat blog tapi asyik lupa kata laluan je. Mana taknya, time semangat je nak hapdate blog kalau takda apa nak hapdate, biar je blog ini sunyi tanpa celoteh atau khabar berita. Jadi untuk blog kalini mungkin ia akan bertahan lebih lama diatas faktor usia najwa semakin meningkat "Eh sebenarnya takda kena mengena dengan usia pun" Saja buat gimik bodoh. Berbalik kepada topik asal, disini najwa ingin memperkenalkan diri najwa kepada semua penghuni blog celotehcnajwa ni.



Nama Sebenar : Puteri Najwa
Nama Glamer (katakoo) : Eryn

Haa korang panggil jelah mana yang korang rasa nak.

Berusia 19 tahun (belum cukup lagi sebenarnya)
Sedang menuntut ilmu di sebuah universiti industri iaitu Universiti Selangor Shah Alam (UNISEL SA)
Dah semester ketiga dah pon
Diploma komunikasi dan media

Merupakan anak sulong daripada 3 adik beradik.

Berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Mempunyai cita-cita yang tinggi bak gunung everest


Berminat dalam semua benda yang berkaitan dengan media
Kuat berangan (tapi banyak berfikir tentang masa depan)

Seorang yang berjiwa lasak kot? TAPI! Sensitip kalau ditegur dek orang tersayang.
Suka bawa kereta manual dan bawa laju-laju.
Kuat makan pedas dan suka bergambar walaupun dalam keadaan buroks.

Hm, cukuplah tu serba sedikit tentang najwa.


Boleh hubungi Najwa via :
Facebook : Puteri Najwa (puterinajwa007@gmail.com)
Twitter : njwaxo
Instagram : puuuuuteri


Najwa berminat untuk berkongsi serba sedikit pengalaman najwa sepanjang menjadi pelajar universiti ni.

Semester pertama. Segalanya bermula disini, jengjengjeng. Semua serba kelam kabut. Al maklumlah tak biasa berjauhan dari family. Tak biasa tinggal di mana-mana hostel pun. So time ni semua benda kena urus sendiri. Sebenarnya pengalaman ni mengajar najwa untuk menjadi lebih matang so dengan mudahnya najwa jalani kehidupan sebagai seorang perantau di tempat orang. Macam macam jenis dugaan yang datang menerpa tapi alhamdulillah masih boleh teruskan kehidupan. Hehehehe seronoknya bila dapat tambah kenalan baru, ramai sangat kawan najwa dapat. Semua baik sangaaaaat. Alhamdulillah. Belajar pun alhamdulillah semuanya okay. Cuma satu je tak okay, najwa still tak pandai uruskan kewangan. Hahaha biasalah boros kan.
Naik semester dua, makin bertambah lah kawan-kawan najwa. Kami orang media. Yeaaaah semua tu classmates. Ada lagi satu family rapat, sakaism namanya. Nanti ada masa, najwa kenalkan sorang-sorang okay. Keputusan semester dua meningkat banyak dan membuatkan najwa bertambah semangat nak belajar. Alhamdulillah.
Semester tiga, subjek makin tough-tough. So kena lebih fokus untuk semester ni, inshaallah targer dekan. Ameen. Tambah pulak kena jadi class rep ni. Aduh terkejut berok gua masa Mdm Asmawati pin point nama gua utk jadi class rep. Fuuuuh jadik jelah. Bukan susah pon and alhamdulillah classmate yg lain semua setuju tapi mungkin ada dua tiga orang yang tak suka. Alah, lumrah hiduplah ada orang benci ni. Hiks.

Cukuplah kot entri kalini? Najwa dah takda idea nak cerita pasal apa. Just wait for next entri okay. Ehemm, bye assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

DON'T TAKE ANYTHING THAT IS NOT YOURS